Thursday, June 19, 2008

Mesyuarat Pertama: 24hb Mei 2008 (Sabtu)

Mesyuarat pertama telah diadakan pada 24hb Mei 2008, bersamaan dengan hari Sabtu di Restoran Khulafa Bistro pada jam 11:30 pagi. Kehadiran seramai 17 orang ahli telah menjadi saksi mesyuarat berlangsung.Presiden telah mengumumkan beberapa perkara tentang Belia 4B termasuk akta² yang terlibat dalam Gerakan Belia ini. Selain itu, kelab ini telah membincangkan tentang aktiviti² yang bakal dilangsungkan dan antaranya adalah perlawanan futsal, bola baling dan sebagainya.
Semoga Gerakan Belia 4B Cawangan Damansara Uptown akan terus berjaya dalam setiap aktiviti yang akan datang.